Bangladesh lancar perang antipornografi

Beberapa laman tempatan dan platform media sosial berdepan tindakan keras sama.
Beberapa laman tempatan dan platform media sosial berdepan tindakan keras sama.
A
A
A

DHAKA - BANGLADESH. Pihak berkuasa Bangladesh menutup hampir 20,000 laman web sebagai sebahagian daripada 'perang' antipornografi, menurut menteri, semalam.

"Saya mahu mewujudkan internet yang selamat untuk seluruh masyarakat termasuk kanak-kanak. Ia akan menjadi perang yang berterusan," kata Menteri Telekomunikasi, Mustafa Jabbar.

Penyedia internet di negara tersebut memadamkan laman pornografi dan perjudian sejak minggu lalu di bawah arahan pengawal selia telekomunikasi.

Selain itu, aplikasi media sosial seperti Tik Tok dan Bigo yang didakwa disalah guna segelintir pihak juga telah disekat di negara itu.

Kebanyakan laman yang disekat adalah laman asing, namun beberapa laman tempatan dan platform media sosial juga berdepan tindakan keras yang sama.

Difahamkan, tindakan itu dilancarkan selepas Mahkamah Tinggi Bangladesh pada November lalu meminta kerajaan menyekat laman pornografi dan penerbitan bahan lucah dalam bentuk elektronik selama enam bulan. - AFP

Artikel Berkaitan: