X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 22 Oktober 2021

Nur Najihah letak jawatan: Bersatu Johor tidak bergolak

Sahruddin
A
A

JOHOR BAHRU - Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamil menafikan dakwaan berlaku pergolakan parti susulan peletakan jawatan Pengerusi Srikandi Muda Johor, Nur Najihah Abdul Halim pada Ahad.

Sahruddin berkata, Srikandi Muda hanyalah biro di bawah Srikandi Johor yang merupakan sayap Bersatu selain Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

"Jika perlu distrukturkan semula Srikandi Muda tiada masalah. Srikandi Muda merupakan biro di bawah sayap Srikandi.

"Bersatu memiliki dua sayap iaitu Srikandi dan Armada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pada Sabtu, Nur Najihah Abdul Halim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Srikandi Muda Negeri Johor dan Bahagian Johor Bahru berkuat kuasa pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Pengerusi Srikandi Muda Johor tolak jawatan baharu

Langkah tersebut diambil disebabkan ketidakpercayaan pihak kepimpinan tertinggi srikandi Johor terhadapnya.

"Keputusan penarikan diri ini dibuat setelah selesai mesyuarat bersama-sama Ketua Srikandi Negeri Johor serta barisan kepimpinan tertinggi Srikandi Muda Negeri Johor pada 9.30 malam tadi (Sabtu).

"Keputusan yang dibuat ketika bermesyuarat adalah untuk menukarkan jawatan saya daripada Pengerusi Srikandi Muda Negeri Johor kepada Biro Kesenian dan Kebudayaan Negeri Johor untuk penstrukturan semula Srikandi Muda Johor.

"Saya amat menghargai peluang dan jawatan yang diberikan di peringkat negeri, namun saya merendah diri menolak jawatan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!