Israel sekat penghantaran bahan api ke stesen janakuasa Gaza

No Image Caption
A
A
A

GAZA - Pihak berkuasa Israel telah menyekat penghantaran bahan api ke stesen janakuasa Gaza, kata Raed Fattouh, Ketua Jawatankuasa Koordinasi untuk kemasukan barang di Semenanjung Gaza kepada Agensi Berita Sputnik.

Pada Isnin, media tempatan melaporkan, pihak berkuasa Israel telah memberi lampu hijau untuk penghantaran bahan api yang dibeli dari Qatar ke Gaza, yang mengalami kekurangan tenaga elektrik terutamanya dengan konflik Israel-Palestin terus meruncing.

"Pihak berkuasa Israel hari ini tidak membenarkan pengangkutan bahan api untuk loji janakuasa di Semenanjung Gaza melalui pusat pemeriksaan Kerem Shalom," kata Fattouh kepada Sputnik.

Menurut laporan media pada Isnin, syarikat pengedaran elektrik di Gaza dijangka kehabisan bahan api dalam dua hingga tiga hari lagi, selain pertempuran dan serangan udara yang telah merosakkan talian penghantaran tenaga.

Banyak kediaman di Semenanjung Gaza hanya mendapat tenaga elektrik selama beberapa jam kerana sekatan di pusat pemeriksaan Kerem Shalom menghalang penghantaran bahan api itu ke Gaza. - Bernama

Artikel Berkaitan: