Rusuhan Parit Raja: Tujuh lagi individu ditahan

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan berhubung demonstrasi jalanan, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis 'kerajaan gagal' di Parit Raja di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tujuh individu berusia 19 hingga 23 tahun terbabit direman selama tiga hari bermula Selasa.

"Polis menahan tujuh lagi individu yang dipercayai memainkan peranan dalam rusuhan tersebut. Mereka yang disambung reman itu juga dipercayai berperanan sama ada membuat dan menggantung kain rentang serta membakar suar.

"Mengenai penglibatan dalang dalam rusuhan tersebut, ia masih dalam siasatan. Jika ada perkembangan akan dimaklumkan.

"Sejauh mana dalang atau ada individu lain di belakang kumpulan ini perkara itu akan disiasat terlebih dahulu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Selasa.

Menurut Ayob Khan, tujuh individu yang ditahan sebelum ini dipercayai terlibat dalam rusuhan akan disambung reman tiga hari lagi.

Pada Isnin, tujuh daripada 20 individu yang ditahan sebelum ini disambung reman tiga hari selepas tempoh reman tamat pada Isnin.

Khamis lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menjalankan siasatan berhubung rusuhan membabitkan pembakaran suar dan kain rentang 'kerajaan gagal' di Parit Raja, Batu Pahat, tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Seramai 20 individu yang merupakan penduduk tempatan berusia 16 hingga 28 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung rusuhan itu.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 144, 269 dan 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan rusuhan di Parit Raja dibiayai masih dalam siasatan

Polis siasat terperinci insiden merusuh Parit Raja

Rusuhan Parit Raja: 20 individu ditahan setakat ini