Covid-19: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO kini kritikal

Rizuan Abd Hamid - Gambar portal UMNO
Rizuan Abd Hamid - Gambar portal UMNO
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang disahkan positif Covid-19 dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kondisi terkini Timbalan Pengerusi Tetap UMNO itu adalah benar.

"Maklumat tentang Datuk Seri Rizuan Abd Hamid kena Covid-19 itu benar. Statusnya di ICU juga benar," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei di PPUM dan dipindahkan ke ICU pada hari sama.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, tiada maklumat yang pasti mengenai kondisi kesihatan terkini isteri Rizuan, Tan Sri Madinah Mohamad walaupun beliau dilaporkan menerima rawatan di ICU di pusat perubatan yang sama.

Artikel Berkaitan: