Trafik di sempadan Perak-Selangor terkawal

SJR turut didirikan di laluan alternatif yang menghubungkan dua negeri antara Perak dan Selangor.
SJR turut didirikan di laluan alternatif yang menghubungkan dua negeri antara Perak dan Selangor.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Aliran trafik memasuki sempadan Perak di Tanjung Malim adalah terkawal sepanjang musim perayaan ini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan pengguna yang melalui jalan daerah itu mempunyai surat kebenaran dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di tempat masing-masing.

Menurutnya, sempena musim perayaan Aidilfitri yang bermula 13 Mei lalu, hanya empat kompaun dikeluarkan atas kesalahan merentas negeri dan daerah tanpa surat kebenaran.

Sulizmie Affendy
Sulizmie Affendy

"Empat kompaun itu dikeluarkan ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Stesen Bas Tanjung Malim dan SJR Plaza Tol Slim River.

"Dua lagi kompaun semasa menjalankan rondaan pemeriksaan mengejut atau 'snap check' di Jalan Kuala Slim," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah tidak memiliki surat kebenaran polis serta telah menyalahgunakan surat majikan bagi tujuan merentas negeri.

"Kesemua mereka masing-masing dikenakan kompaun RM5,000 dan telah diarahkan untuk berpatah balik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan yang dijalankan di SJR Plaza Tol Slim River.
Pemeriksaan yang dijalankan di SJR Plaza Tol Slim River.

Sulizmie Affendy berkata, selain plaza tol, terdapat dua SJR didirikan di laluan masuk ke Perak melalui sempadan Selangor iaitu di Jalan Persekutuan Taman Universiti/Hulu Bernam dan Sempadan Behrang-Selisik.

Katanya, sekatan turut dibuat di jalan alternatif yang menghubungkan Tanjung Malim dengan Hulu Bernam, Selangor di Jambatan Stesen Bas Tanjung Malim.

"Hanya jalan masuk dari Hulu Bernam ke pekan Tanjung Malim sahaja yang dibuka sehala di situ dan pengguna dari arah Tanjung Malim ke Hulu Bernam boleh menggunakan Jalan Persekutuan Taman Universiti untuk ke arah selatan," katanya.