X

Kindly register in order to view this article
!

Padah guna gelaran 'Datuk Seri' tidak diiktiraf

Sabariah tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan pada Selasa atas tuduhan menggunakan gelaran tidak diiktiraf.
A
A

KUANTAN - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan menggunakan gelaran tidak diiktiraf.

Tertuduh, Sabariah Hashim,45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada enam anak itu didakwa telah menggunakan gelaran dan panggilan Datuk Seri Bakti Setia Temasek yang merupakan anugerah luar yang tidak diiktiraf.

Perbuatan itu didakwa dilakukan olehnya di Pejabat Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 3.30 petang, 28 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim kemudian menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, peguam bela Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd Azahari Mat Asin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menyara enam anak dan seorang ibu yang sudah tua.

Mahkamah kemudian membenarkan Sapariah diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 9 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!