X

Kindly register in order to view this article
!

Pizza Hut meriahkan sambutan Aidilfitri

Pelanggan hanya perlu membuat pesanan melalui laman web atau aplikasi Pizza Hut untuk pengantaran Pizza Kari Raya kepada mereka yang tersayang.
A
A

SHAH ALAM - Pizza Hut meraikan kemeriahan Aidilfitri pada tahun ini dengan memudahkan pelanggan untuk mengirim ‘salam’ dengan menu baharunya, Pizza Kari Raya.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, walaupun bersalam dan berkunjungan amat tidak digalakkan pada waktu ini, Pizza Hut berharap agar semua umat Islam terus menyambut hari raya Aidifitri.

Menurutnya, mereka boleh meneruskan tradisi ‘bersalam’ dan bermaafan melalui penghantaran Pizza Kari Raya, disertakan dengan 'Kad Salam' yang berfungsi sebagai kiriman salam kepada mereka yang jauh di mata.

“Pelanggan hanya perlu membuat pesanan melalui laman web atau aplikasi Pizza Hut. Mereka boleh memilih untuk menghantar piza dan kad ini sebagai hadiah kepada rakan dan keluarga mereka dengan mengisi maklumat penerima,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Emily berkata, piza baharu yang diinspirasikan sempena sambutan hari raya Aidilfitri itu telah dicipta untuk meraikan ikatan dan mewujudkan semangat raya pada semua.

“Setiap keluarga kini dapat menikmati piza terbaharu berperisa kari bersama keluarga tersayang di rumah tanpa perlu memasak dan menyediakan juadah raya.

Pizza Kari Raya
Pizza Kari Raya

"Kini semua dapat bersantai dan menikmati setiap detik perayaan bersama keluarga dengan menikmati piza,” katanya.

Beliau berkata, pada raya kali ini, umat Islam seluruh negara sekali lagi akan menyambutnya dengan sedikit berbeza, namun tidak semestinya sambutan kali ini tidak bermakna.

“Hari raya adalah untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim,” katanya.

Emily berkata, Pizza Kari Raya menampilkan kerak unik berintikan kuah kari dan begedil, ditaburkan dengan ayam perap dan dilimpahi dengan sos kari lazat, boleh didapati untuk waktu yang terhad bermula 19 April hingga 21 Jun 2021.

Harga bermula RM38.90 untuk hidangan ala carte dan hidangan kombo untuk dua hingga empat orang bermula RM44.90.

Pelanggan juga boleh mendapatkan piza terbaru ini melalui khidmat penghantaran, dan bawa-pulang serta melalui agregator khidmat penghantaran makanan lain seperti Grabfood dan Foodpanda.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!