X

Kindly register in order to view this article
!

DAP mohon tangguh Kongres Kebangsaan

Anthony Loke Siew Fook
A
A

KUALA LUMPUR - DAP memohon agar Kongres Kebangsaan parti itu yang dijadual pada 20 Jun ini dan semua Konvensyen Biasa Negeri yang belum diadakan untuk ditunda kepada satu tarikh lain.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook dalam kenyataan pada Selasa berkata, langkah itu mengambil kira situasi semasa Covid-19 dalam negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang melarang sebarang bentuk mesyuarat dan perhimpunan.

Beliau berkata, surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah dihantar pada Isnin dan berharap agar permohonan itu dibenarkan sehingga PKP dilonggarkan dan pergerakan rentas negeri dibenarkan.

“Kongres Kebangsaan DAP sepatutnya diadakan pada 20 Jun 2021 dan notis pemakluman telah pun dikeluarkan kepada cawangan-cawangan DAP di seluruh negara. Namun pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 7 Jun 2021 dan kemungkinan dilanjutkan menyebabkan kongres sukar untuk diadakan pada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Setakat ini, 10 Jawatankuasa Negeri DAP telah mengadakan Konvensyen Biasa masing-masing, manakala Konvensyen Biasa Negeri bagi Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Perlis dan Selangor masih belum diadakan.

Beliau berkata, maklumat lanjut berkenaan penundaan tarikh-tarikh ini, akan diumumkan sejurus selepas Ibu Pejabat Kebangsaan DAP menerima maklum balas dari ROS. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!