Serangan Israel: Bayi terselamat di bawah runtuhan

Mohammed al-Hadidi mengucup tangan anak kecilnya sebaik mendapat tahu bayinya terselamat. - Foto AFP
Mohammed al-Hadidi mengucup tangan anak kecilnya sebaik mendapat tahu bayinya terselamat. - Foto AFP
A
A
A

GAZA - Meskipun isteri dan empat anak lelakinya terbunuh akibat serangan udara tentera Zionis, seorang bapa tetap bersyukur apabila mendapat tahu bayi lelakinya terselamat daripada menjadi korban kezaliman Israel.

Menerusi laporan Al Jazeera, Omar berusia lima bulan terselamat selepas tertimbus di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat di kem pelarian Shati yang runtuh akibat serangan pada hari lebaran.

Mohammed al-Hadidi memberitahu, gembira sebaik menerima berita bayinya terselamat dan ditempatkan di Hospital al-Shifa di mana dia sedang terima rawatan akibat alami kecederaan dalam serangan udara itu.

"Saya bersyukur anak saya Omar masih hidup," katanya.

Mohammed al-Hadidi berkata, isteri dan empat anaknya, Suheib, 14, Yahya, 11, Abdelrahman, 8, dan Wisam, 6, terkorban ketika mereka berkunjung ke rumah saudara isteri untuk meraikan lebaran di mana kem pelarian menjadi sasaran serangan udara tentera Zionis.

Sejak minggu lalu, menyaksikan angka korban terus meningkat kepada 212 termasuk 61 kanak-kanak dan 35 wanita.

Konflik terburuk sejak tahun 2000 itu menyaksikan tentera pejuang Palestin melancarkan lebih daripada 2,000 serangan roket ke arah Israel sejak Isnin, yang telah membunuh sembilan orang.

Tunjuk perasaan meletus di seluruh wilayah sehingga memaksa penduduk Palestin membaling batu ke arah rejim Zionis yang bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.

Artikel Berkaitan: