X

Kindly register in order to view this article
!

City lelong pemain bintang

Pep Guardiola
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak menolak kemungkinan akan menjual beberapa pemain bintangnya selepas saingan musim ini berakhir.

Menurutnya, beberapa faktor utama menjadi penyebab dia terpaksa menjual pemain tersebut selain menegaskan sukar untuk menyimpan pemain yang tidak gembira berada di kelab itu.

"Ada pemain yang sanggup menerima sesuatu situasi dalam pasukan, tetapi juga ada pemain yang tidak sanggup untuk menerimanya. Apabila mereka tidak menerima bahawa mereka tidak dapat minit bermain maka ia sukar untuk menyimpan pemain itu lagi.

"Anda boleh memujuk mereka untuk satu musim, tetapi untuk satu jangka masa yang panjang ia sangat sukar. Dalam keadaan itu, kami perlu melakukan perubahan dan akan melihat pada penghujung musim ini. Kami akan bercakap dengan pemain tersebut dan kami akan memutuskan apa yang terbaik," katanya.

Beberapa pemain bintang seperti Raheem Sterling dan Aymeric Laporte dilaporkan kurang gembira di kelab tersebut selepas kurang diberikan peluang bermain oleh Guardiola musim ini.

Dalam pada itu, pengendali kelahiran Sepanyol itu turut mengakui pening kepala untuk memilih barisan pemain terbaik bagi menghadapi Chelsea dalam aksi Liga Juara-juara di Estadio do Dragao, Portugal pada 30 Mei ini.

"Ini perkara yang paling sukar kerana semua pemain berada pada tahap kecergasan terbaik termasuk Kevin de Bruyne yang sudah kembali menjalani latihan penuh.

"Itulah sebabnya hubungan antara pemain dan pengurus tidak boleh terlalu baik ketika anda harus membuat keputusan yang mempengaruhi karier mereka. Kadang-kadang saya tidak adil terhadap mereka tetapi apa boleh saya buat. Mereka bernasib baik kerana mendapat pengurus yang banyak melakukan pengiliran pemain.

"Sekarang saya tidak dapat gambaran mengenai cara kami akan bermain dan dengan (pemain mana) kami akan bermain, itu sebabnya saya harus melihat 10-11 hari ini dan selepas itu saya akan membuat keputusan, " katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!