Manchester United destinasi terbaik buat Ronaldo

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

MANCHESTER United mungkin menjadi destinasi terbaik buat Cristiano Ronaldo sekiranya dia mahu meninggalkan Juventus selepas berakhirnya saingan liga musim ini.

Bekas pemain United, Gary Pallister berkata, pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu juga sudah tentu akan menerima dengan tangan terbuka kepulangan Ronaldo yang pernah menyarung jersi kelab tersebut pada 2003 sehingga 2009.

"Dia (Ronaldo) masih ingin bersaing di peringkat tertinggi dan bermain di Liga Juara-juara. Jika dia datang ke United, maka itu adalah pilihan yang sangat tepat.

"Dia pemain yang luar biasa dan masih memiliki keinginan untuk membuktikan dirinya sebagai pemain terbaik di dunia ini," katanya.

Ronaldo mengharungi musim ketiga yang kurang cemerlang bersama Juventus selepas pasukan itu gagal memenangi saingan Serie A selain bergelut untuk menempah slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Ia sekali gus menimbulkan spekulasi kemungkinan Ronaldo akan berpindah ke kelab lain selain khabar angin Juventus akan melepaskannya kerana gaji yang diterima bintang Portugal itu terlalu tinggi.

Bagi Pallister, ia peluang terbaik unutk United menyambar khidmat Ronaldo selain melihat pasukan itu memerlukan lebih tenaga di jentera serangan pasukan.

"Ronaldo tidak akan mempunyai masalah kalau kembali ke sini. Dia sudah bekerjasama dengan Sir Alex Ferguson dan sudah masak cabaran di EPL.

Artikel Berkaitan:

"Anda boleh lihat daripada cara dia bercakap dan berlatih, dia masih mampu menjadi salah seorang pemain terbaik dunia bersama MU," katanya.