Perzim rai kanak-kanak istimewa

Fadhila (tengah, baju kurung hijau) bersama kanak-kanak istimewa dan ibu bapa mereka yang diraikan.
Fadhila (tengah, baju kurung hijau) bersama kanak-kanak istimewa dan ibu bapa mereka yang diraikan.
A
A
A

MELAKA - Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) meraikan kira-kira 50 kanak-kanak istimewa sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Muzium Samudera, Banda Hilir di sini.

Pengurus besarnya, Fadhilah Md Salleh berkata, kesemua mereka dari Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, Melaka (NASOM), Kiwanis Down Syndrome Foundation Melaka dan Persatuan Kanser Melaka.

Menurutnya, selain bertujuan meraikan mereka, program ini juga bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak istimewa ini akan kewujudan muzium, pendedahan serta maklumat dan sejarah yang ada.

"Selain itu, kita nak menggalakkan mereka supaya tidak melepaskan peluang melawat muzium-muzium yang berada di sekitar Melaka.

"Antara aktiviti yang dijalankan adalah menghidangkan persembahan tarian singa yang selain itu bertujuan untuk menarik pengunjung lain ke muzium," katanya.

Turut diadakan aktiviti pemberian limau dan angpau kepada kanak-kanak terbabit.

Artikel Berkaitan: