X

Kindly register in order to view this article
!

CITF tambah baik kemudahan

Kesesakan di PPV Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sekitar jam 2 petang Isnin. - Foto Ihsan orang awam.
A
A

KUALA LUMPUR - Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan menambah baik kemudahan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Titiwangsa, di sini susulan kesesakan di lokasi itu pada Isnin.

CITF berkata, bagi menangani isu itu pihaknya mengambil keputusan untuk menambah empat khemah menunggu serta 500 kerusi dengan secepat mungkin.

“Kesesakan itu terjadi kerana laluan kenderaan masuk ke kawasan tersebut agak kecil, selain bilangan khemah dan kerusi di ruang menunggu bagi mereka yang hadir mendapatkan imunisasi agak terhad,” menurut CITF dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, kapasiti PPV seramai 1,600 sehari ditambah dengan bilangan pengiring menyebabkan jumlah orang ramai yang berada di lokasi adalah berganda dalam satu-satu masa.

Selain itu, keadaan bertambah buruk apabila hujan menyebabkan kenderaan yang menghantar penerima vaksin terpaksa menghentikan kenderaan masing-masing berdekatan dengan pintu masuk PPV.

“CITF memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan masalah kesesakan di PPV Stadium Titiwangsa dan akan sentiasa menambah baik perkhidmatan kami dari masa ke masa,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pusat Pemberian Vaksin Stadium Titiwangsa sesak


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!