Menara Alor Setar dilimpahi cahaya bendera Palestin

Menara Alor Setar dilimpahi warna-warna bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Menara Alor Setar dilimpahi warna-warna bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.
A
A
A

ALOR SETAR - Menara Alor Setar yang menjadi ikon negeri Kedah dilimpahi cahaya hijau, merah, putih dan hitam sempena warna bendera Palestin.

Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mohamad Zamri Abdul Razak berkara, bermula Sabtu (semalam) hingga 22 Mei ini, penampilan baharu menara itu sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Menurutnya, sebagai salah sebuah menara ikonik di Malaysia, ia merupakan tanggungjawab untuk berkongsi kesedaran dengan rakyat Malaysia supaya prihatin terhadap isu kemanusiaan sejagat.

"Saya juga ingin menyeru supaya bersama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara Islam di Palestin," katanya.

Menurutnya, Menara Kuala Lumpur turut menampilkan konsep sama sepanjang tempoh itu.

"Bagaimanapun, Menara Alor Setar kini ditutup kepada pengunjung sehingga dimaklumkan kelak. Anda boleh merakamkan keindahan menara ini dari luar dan nampak menarik dengan tema baharu ini," katanya.

Artikel Berkaitan: