MAIS tangguh operasi secara bersemuka

Notis makluman rasmi MAIS berkenaan penangguhan operasi perkhidmatan secara bersemuka.
Notis makluman rasmi MAIS berkenaan penangguhan operasi perkhidmatan secara bersemuka.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menangguhkan operasi perkhidmatan secara bersemuka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 12 Mei sehingga 7 Jun ini bagi mengelak penularan Covid-19.

MAIS menerusi satu kenyataan memaklumkan, orang ramai boleh berurusan melalui perkhidmatan dalam talian di laman sesawang rasmi majlis agama itu.

Menurutnya, pelbagai perkhidmatan disediakan secara dalam tarian termasuk bayaran fidyah atau kifarah, e-aduan, sumbangan sedekah, bayaran premis bayaran tebus pusaka dan sumbangan saham wakaf Selangor.

“Bagaimanapun Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah beroperasi seperti biasa,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.

MAIS turut menggalakkan orang ramai berinteraksi dengan pihaknya menerusi media sosial rasmi iaitu di Facebook Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram mais_officialhq.

Dalam kenyataan sama, majlis agama itu turut menasihatkan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: