X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Mayat bayi dalam beg

Polis sedang menyiasat mayat bayi perempuan yang ditemui di dalam beg di tepi pagar Jalan Sri Rejang 3 Taman Sri Rampai di sini pada Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam beg di tepi pagar Jalan Sri Rejang 3 Taman Sri Rampai di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kes itu pada jam 8.30 pagi.

Beliau berkata, mayat bayi itu ditemui seorang tukang sapu warga Pakistan yang sedang menyapu sampah di kawasan tersebut sebelum terlihat satu beg berwarna putih di tepi pagar.

"Dia kemudian mengangkat beg tersebut dan melihat ada seorang bayi di dalamnya yang dibalut dengan tuala merah jambu katanya," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, saksi berkenaan terus meminta rakannya memaklumkan kepada pihak polis.

"Bayi perempuan malang tersebut disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai pada bayi tersebut.

"Pemeriksaan awal pada tubuh bayi tiada sebarang kesan kecederaan. Kita percaya mayat bayi itu ditinggalkan di lokasi tersebut dalam tempoh kurang 12 jam sebelum dijumpai," katanya.

Ashari berkata, mayat bayi itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!