JAIM arah masjid, surau baca Qunut Nazilah

JAIM mengarahkan seluruh masjid dan surau di negeri itu melaksanakan bacaan Qunut Nazilah bermula pada Isnin.
JAIM mengarahkan seluruh masjid dan surau di negeri itu melaksanakan bacaan Qunut Nazilah bermula pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengarahkan seluruh masjid dan surau di negeri itu melaksanakan bacaan Qunut Nazilah bermula pada Isnin.

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ia sebagai tanda solidariti kerajaan negeri bersama rakyat Palestin yang sedang menghadapi pencerobohan dan serangan tentera Israel.

"Pentadbiran ini menyarankan kepada semua rakyat negeri Melaka untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk Palestin yang sedang ditindas dan dizalimi serta perlindungan untuk negeri dan negara kita daripada bencana wabak (Covid-19).

"Sehubungan itu, mulai 17 Mei (Isnin), semua masjid dan surau di negeri Melaka diarah untuk membaca Qunut Nazilah memohon kepada Allah SWT agar rakyat Palestin dan negara kita diberikan keselamatan, perlindungan dan kemenangan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, Qunut Nazilah berkenaan hendaklah dibaca pada rakaat terakhir solat Subuh dan Isyak pada setiap hari dan pada rakaat kedua solat Jumaat.

Arahan itu akan terus berkuat kuasa sehingga ada arahan lain dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri, katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: