Seruan Warisan terhadap PBS bukan untuk tubuh kerajaan

Razeef Rakimin
Razeef Rakimin
A
A
A

KOTA KINABALU - Seruan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terhadap Parti Bersatu Sabah (PBS) baru-baru ini bukan bermaksud untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah, Razeef Rakimin sebaliknya berkata, seruan itu lebih kepada dari segi keterbukaan bekerjasama dalam politik demi rakyat Sabah.

"Apabila Mohd Shafie beritahu adakan kerjasama dengan PBS, kemudian PBS pun sahut seruan itu. Itu bukan bermaksud penubuhan kerajaan baharu, tetapi kerjasama politik dari segi lebih terbuka untuk membantu rakyat Sabah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Razeef berkata, kenyataan Warisan berhubung kerjasama dengan PBS sebelum ini dipercayai disebabkan kenyataan Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking yang menyatakan berkemungkinan akan ada kerjasama dengan UMNO.

"Perkara ini sudah disahut oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin (Ketua UMNO Sabah) dan dia tidak ada masalah bekerjasama dengan Warisan demi kepentingan rakyat.

"Namun kenyataan Darell itu tidak mendapat kebenaran daripada Presiden. Kemudian cerita itu 'dipusing' dan Presiden umum beritahu Warisan mungkin akan bekerjasama dengan PBS. PBS pun sahutlah sama macam UMNO tetapi bukan bermaksud untuk menubuhkan kerajaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya permainan media sosial: Jaujan

Artikel Berkaitan: