Bantahan di Kedutaan Amerika Syarikat: Polis buka kertas siasatan

Sekumpulan individu daripada Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia dan NGO lain hadir ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyerahkan memorandum bantahan keganasan rejim Israel terhadap Palestin pada Isnin.
Sekumpulan individu daripada Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia dan NGO lain hadir ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyerahkan memorandum bantahan keganasan rejim Israel terhadap Palestin pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan penyerahan memorandum bantahan keganasan rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Ketua Polis Balai Pudu yang berada di lokasi kejadian akan membuat laporan polis berhubung perhimpunan tersebut.

"Kita juga akan memanggil penganjur perhimpunan tersebut dalam masa terdekat bagi memberikan keterangan," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Ashari berkata, tiada sebarang memorandum yang diserahkan kerana pihak kedutaan Amerika Syarikat tidak mahu menerimanya.

"Mereka yang hadir berhimpun hanya melepaskan geram terhadap isu Israel dan Palestin," katanya.

Ashari berkata, dianggarkan seramai 20 hingga 25 individu hadir ke kedutaan tersebut dan mula berhimpun kira-kira jam 1.45 hingga 2.05 petang.

Pada Isnin, sekumpulan individu daripada Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain hadir ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyerahkan memorandum bantahan keganasan rejim Israel terhadap Palestin.

Pengerusinya, Yusuf Azmi menerusi kenyataan di Facebook berkata, penyerahan memorandum berkenaan bagaimanapun gagal dilaksanakan apabila pihak kedutaan terlebih dahulu membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Konflik Palestin-Israel: Bantahan aman di Kedutaan Amerika Syarikat