Covid-19: Tiada keperluan hospital medan ATM di Johor

Tiada keperluan untuk mewujudkan hospital medan di Johor setakat ini. - Foto Bernama
Tiada keperluan untuk mewujudkan hospital medan di Johor setakat ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiada keperluan untuk kerajaan negeri Johor memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mewujudkan hospital medan setakat ini meskipun penggunaan katil di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di hospital kerajaan di negeri ini melebihi 90 peratus.

Exco Kesihatan negeri, R Vidyananthan berkata, ini adalah kerana keadaan Covid-19 di Johor masih belum mencapai tahap kritikal ataupun membimbangkan selain mendapat bantuan daripada hospital-hospital swasta di negeri itu.

Katanya, hospital kerajaan di Johor masih menerima pesakit bukan Covid-19 yang memerlukan sebarang rawatan seperti biasa

“Bagaimanapun, sejak pertengahan bulan lepas, semua pembedahan elekif diberhentikan kecuali pembedahan kecemasan dan pembedahan kes berkaitan kanser,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini..

Johor merekodkan sebanyak 224 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri itu sebanyak 50,419 kes dengan 165 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: