Warga emas maut motosikal dilanggar lori

Seorang warga emas maut manakala motosikalnya terbakar selepas dilanggar sebuah lori di Kilometer 78.1 Lebuhraya Utara Selatan, Ayer Hitam-Yong Peng, Batu Pahat pada Ahad.
Seorang warga emas maut manakala motosikalnya terbakar selepas dilanggar sebuah lori di Kilometer 78.1 Lebuhraya Utara Selatan, Ayer Hitam-Yong Peng, Batu Pahat pada Ahad.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori di Kilometer 78.1 Lebuhraya Utara Selatan, Ayer Hitam-Yong Peng dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan pada jam 5 petang itu berlaku di arah utara lebuh raya berkenaan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa, Ahmad Yusof Kartow, 61, yang menunggang motosikal jenis Demak datang dari arah Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur.

"Kemudian sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun datang dari arah sama terlanggar belakang motosikal mangsa.

"Akibat kemalangan itu, mangsa cedera dan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, akibat kemalangan itu juga mengakibatkan motosikal mangsa terbakar.

Sehingga kini katanya, pihak polis sedang mengesan waris mangsa dan mayat masih berada di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

"Sesiapa yang mengenali mangsa boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Salmiah Mohamed menerusi talian 07-4327704 " katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.