Ancaman Israel: PDRM tingkatkan kawalan keselamatan

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah. - Foto Bernama
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya bertenang susulan ancaman keselamatan dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah bagaimanapun berkata, pihaknya serius dengan perkara tersebut dan akan mengambil langkah-langkah perlu dengan meningkatkan tahap kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara.

"Kita juga sentiasa bersiap siaga dan akan memantau isu ini dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku di negara ini," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PDRM bersama agensi-agensi keselamatan lain bertindak meningkatkan semua aspek kawalan keselamatan awam yang berada di dalam negara ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, pihaknya mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.

Artikel Berkaitan: