Hanya permainan media sosial: Jaujan

Jaujan Sambakong
Jaujan Sambakong
A
A
A

KOTA KINABALU - Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Jaujan Sambakong, menganggap khabar angin penubuhan kerajaan baru parti itu bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) hanya permainan media sosial.

Bagaimanapun, beliau berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu menyokong kenyataan presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal demi perpaduan rakyat Sabah.

"Saya anggap ini permainan media sosial. Tidak perlu komen pun tetapi bagi saya dalam pimpinan Warisan khususnya kita di pimpinan tertinggi menyokong kenyataan presiden itu.

"Kita harus melihat kepentingan rakyat sampai bila kita bercakaran, matlamat kita ialah untuk membangunkan Sabah supaya rakyat dapat hidup lebih baik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.

Katanya lagi, ketepikan pergeseran politik kerana banyak matlamat parti ialah mengutamakan pembangunan Sabah.

"Kita ketepikan pergeseran politik, saya ingat matlamat parti ialah membangunkan negeri Sabah.

"Sebab itu presiden rela bekerjasama dengan parti tempatan yang ada di Sabah tetapi terpulang kepada rakan parti lain termasuk PBS.

"Kenyataan beliau ada kebaikan untuk rakyat, terpulang kepada parti-parti lain, kalau bergeseran, sampai bila?" katanya.

Artikel Berkaitan:

Tersebar khabar angin sebelum ini bahawa berlaku peralihan kerajaan apabila Warisan akan bekerjasama dengan PBS bersama parti lain untuk menubuhkan kerajaan baharu.