KJ kuarantin selepas jadi kontak rapat kes positif Covid-19

Khairy ketika mengadakan sidang akhbar perkembangan PICK bersama Dr Adham Baba yang dilakukan secara maya pada Isnin.
Khairy ketika mengadakan sidang akhbar perkembangan PICK bersama Dr Adham Baba yang dilakukan secara maya pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkanbeliau kini sedang menjalani kuarantin di rumah berikutan menjadi kontak rapat kepada seseorang yang positif Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu berkata, beliau mula kuarantin di rumah pada Isnin.

"Kuarantin bermula hari ini (Isnin) dan keputusan saringan Covid-19 juga akan diketahui hari ini," kata beliau ketika mengadakan sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang dilakukan secara maya pada Isnin.

Dalam pada itu Dr Adham turut mencelah mengatakan bahawa beliau juga menunggu keputusan ujian saringan Khairy.

"Kalau Khairy positif, saya pun kena (kuarantin)," kata beliau.

Artikel Berkaitan: