'AS takkan dapat jatuhkan Huawei'

Ren Zhengfei
Ren Zhengfei
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Pengasas syarikat teknologi gergasi di China, Huawei mendakwa penahanan anak perempuannya yang juga Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Meng Wanzhou adalah bermotifkan politik.

"Pertama sekali, saya membantah apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Tindakan seperti itu sememangnya tidak boleh diterima," kata Ren Zhengfei menerusi wawancara bersama BBC, semalam.

Ketika mengulas tentang tuduhan syarikat itu melakukan pengintipan bagi pihak Beijing, ia menegaskan Huawei tidak pernah melakukan aktiviti seumpama itu.

Washington turut menggesa sekutunya supaya tidak menggunakan teknologi Huawei.

"Dunia tidak boleh memulaukan kami kerana kami lebih maju. Walaupun AS cuba mempengaruhi negara lain supaya tidak menggunakan produk kami buat sementara waktu, ia tidak akan dapat menjatuhkan kami," katanya.

Kanada menahan Wanzhou pada 1 Disember lalu atas permintaan AS selepas beliau didakwa melanggar sekatan dikenakan Washington ke atas Iran. - Agensi

Artikel Berkaitan: