Yeop tak terkejor

Perak tewas 1-5 kepada wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada aksi ketiga puingan kelayakan ACL.
Perak tewas 1-5 kepada wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada aksi ketiga puingan kelayakan ACL.
A
A
A

PERJUANGAN Perak dalam kancah saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ternoktah apabila tewas 1-5 kepada wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada aksi ketiga puingan kelayakan ACL di Stadium Ulsan Munsu, malam tadi (waktu Malaysia).

Bermula baik sejak wisel permulaan, Perak bagaimanapun dikejutkan dengan gol pertama tuan rumah setelah pemain pertahanan skuad The Bos Gaurus, Amirul Azhan Aznan tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-22.

Tersentak dengan gol berkenaan, kesebelasan Perak cuba bangkit dengan mengatur asakan ke gawang Ulsan Hyundai, namun gagal menembusi benteng pertahanan lawan.

Peluang terbaik Perak untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke- apabila Firdaus Saiyyadi berjaya melepasi kawalan pertahanan Ulsan Hyundai, namun lorongan cantiknya gagal disempurnakan penyerang import, Gilmar da Silva.

Bersambung babak kedua Perak semakin tertekan apabila pemain import Mikkel Diskerud merembat leret menewaskan Muhammad Hafizul Hakim untuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-56.

Seminit kemudian gawang Perak bocor lagi apabila Diskerud sekali lagi meledak jaringan ketiga Ulsan Hyundai hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti.

Tuan rumah kemudiannya semakin melebarkan jurang gol apabila Lee Dong Yeung tenang merembat ke gawang Perak pada minit ke-69 untuk gol keempat Ulsan Hyundai.

Berselang 20 minit selepas itu, tuan rumah kemudiannya menambah jaringan pada minit ke-86 dan kali ini giliran Junior Degraeo melepasi kawalan pertahanan dan meledak gol kelima perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Ketinggalan lima gol bagaimanapun dilihat tidak melemahkan semangat Perak untuk meneruskan perlawanan dengan mengasak ke gawang Ulsan Hyundai.

Hasil dari serangan balas, Perak akhirnya meledak gol saguhati menerusi Nazirul Naim Che Hashim yang merembat leret menewaskan penjaga gawang lawan, pada minit ke-90.

Gol berkenaan bagaimanapun dilihat tidak mengubah apa-apa dan menyaksikan Ulsan Hyundai mengesahkan slot ke peringkat kumpulan bagi saingan ACL .

Ulsan Hyundai bakal beraksi dalam Kumpulan H bersama kelab Australia Sydney FC, Kawasaki Frontale (Jepun) dan Shanghai SIPG dari China.