Covid-19: Masjid Sultan Muhammad II ditutup untuk orang ramai

Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, Kota Bharu ditutup kepada orang ramai bermula 15 hingga 31 Mei.
Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, Kota Bharu ditutup kepada orang ramai bermula 15 hingga 31 Mei.
A
A
A

KOTA BHARU - Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, di sini, ditutup bermula dari 15 hingga 31 Mei kepada orang awam susulan penularan Covid-19 melibatkan jemaah.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Zulkifle Ab Rahman berkata, penutupan masjid berkenaan selepas terdapat penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan jemaah.

"Penutupan premis itu dibuat selepas mendapat pemakluman berkait jangkitan Covid-19 daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, sehubungan itu, semua jemaah awam tidak dibenarkan untuk menunaikan solat di masjid berkenaan.

Beliau berkata, bagaimanapun sepanjang tempoh tersebut hanya 13 orang kakitangan masjid terdiri daripada imam, bilal, siak dan pengawal keselamatan dibenarkan untuk menunaikan solat jemaah.

"Kebenaran itu setelah kesemua mereka menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif," katanya.

Zulkifle berkata, MAIK berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam usaha memutuskan rantaian pandemik itu.

Artikel Berkaitan: