Mesin ventilator masih mencukupi: Dr Adham

Dr Adham Baba
Dr Adham Baba
A
A
A

PUTRAJAYA - Mesin ventilator untuk kes-kes termasuk Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan adalah mencukupi di negara ini kata, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau dalam pada itu menegaskan, tindakan orang ramai menyambut Hari Raya di pusat beli belah berpotensi cetus krisis jangkitan wabk terbabit.

“Ventilator untuk kes-kes termasuk Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan adalah mencukupi,” katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia berdepan dengan gelombang ketiga Covid-19 yang lebih mencabar susulan kemunculan beberapa varian baharu yang meningkatkan kadar kebolehjangkitan wabak itu di negara ini.

Menurutnya, negara mencatatkan trend peningkatan kes yang mendadak sejak beberapa minggu lepas dengan kes positif Covid-19 mencecah lebih 4,000 kes sehari sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, pada 2 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan kadar penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 di Lembah Klang secara keseluruhannya mencapai 90 peratus pada Ahad.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, enam buah hospital yang mempunyai katil ICU khusus bagi merawat pesakit Covid-19 dilaporkan melebihi ambang amaran iaitu 70 peratus penggunaan.

Jelas beliau, ia melibatkan Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, di mana ada di antaranya telah pun menghampiri 100 peratus.

Artikel Berkaitan:

AKAN MENYUSUL