Ahli Parlimen Rasah nafi sekeluarga positif Covid-19

Cha Kee Chin menerusi hantaran Facebooknya menafikan beliau sekeluarga positif Covid-19.
Cha Kee Chin menerusi hantaran Facebooknya menafikan beliau sekeluarga positif Covid-19.
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin menafikan bahawa beliau dan keluarganya positif Covid-19.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata, berita palsu berkenaan dipercayai disebarkan oleh isteri kepada seorang wakil rakyat.

"Ini berita palsu dan fitnah. Saya serta keluarga sihat dan dilindungi. Kami juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa.

"Saya nak tanya orang yang sebar berita palsu ini suka sangat dapat Covid-19 ke? Tuhan akan balas kejahatan kamu," katanya.

Sementara itu beliau ketika dihubungi Sinar Harian berkata, akan mempertimbangkan tindakan seterusnya berkenaan penyebaran cerita palsu berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa isteri wakil rakyat yang dimaksudkan.

"Bagi saya ia satu tindakan tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi ketika masyarakat semakin bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

"Saya pun tak tahu kenapa saya dan keluarga dikatakan positif Covid-19 sedangkan kami semua baik-baik saja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegas beliau, cerita fitnah sebegitu hanya menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat dan ia bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main.