X

Kindly register in order to view this article
!

17 warga asing ditahan rentas batu pengadang sempadan

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Pematuhan Covid-19 di kawasan industri Arab Malaysia Nilai.
A
A

NILAI - Seramai 17 warga asing ditahan selepas merentasi batu pengadang serta kawad duri yang dipasang pihak berkuasa di sempadan Nilai - Kajang, pada Ahad bagi mengelakkan aktiviti rentas daerah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 42 tahun itu dipercayai datang dari arah Bukit Mahkota Bangi dan bekerja di kawasan perindustrian Arab Malaysia Nilai.

"Kejadian berlaku pada jam 8 pagi semasa sepasukan anggota polis membuat operasi pematuhan Covid-19 di kawasan Arab Malaysia-Bukit Mahkota, iaitu kawasan pentadbiran sempadan Nilai-Kajang.

"Kita syaki kesemua mereka yang datang dari Bukit Mahkota telah merentasi batu halangan dan kawad duri yang pihak berkuasa letak di tengah sempadan jalan untuk ke Nilai.

"Tujuan halangan itu diletakkan bagi mengelakkan aktiviti rentas daerah dan negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi daerah sempadan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Fazley
Mohd Fazley

Tambahnya, kesemua warga asing itu dibawa ke Balai Polis Nilai untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat, Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!