Masa depan Messi kembali jadi tanda tanya

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

MASA depan penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi kembali menjadi tanda tanya selepas kelab tersebut gagal menjuarai saingan La Liga musim ini selepas tewas kepada Celta Vigo 1-2 di Camp Nou pada awal pagi Isnin.

Perkara itu diakui pengendali Barcelona, Ronald Koeman yang mengharapkan perlawanan menentang Vigo tersebut bukan aksi terakhir buat Messi bersama kelab Catalan itu.

"Saya harap perlawanan ini bukanlah perlawanan terakhir buatnya kerana dia masih lagi seorang pemain yang terbaik di dunia dan menunjukkan tahap terbaiknya dalam perlawanan hari ini.

"Amat mustahil untuk bermain tanpa dia. Tetapi, sudah tentu untuk mengharapkan Messi seorang memang sangat sukar dalam usaha kita mahu meraih kemenangan. Kami memerlukan lebih ramai pemain yang mampu menjaringkan gol.

"Messi telah menjaringkan 30 gol dan memenangi banyak mata buat pasukan. Tetapi, masa depannya di kelab ini kembali menjadi tanda tanya. Untuk saya dan kelab, kami harap dia kekal kerana tanpa Messi kami mungkin buntu untuk menjaringkan gol," katanya.

Penyerang kelahiran Argentina itu akan tamat kontrak bersama Barcelona pada bulan depan, namun masih belum menandatangani sebarang kontrak baharu di Camp Nou.

Sebelum ini, Messi menyatakan bahawa dia akan menunggu sehingga penghujung musim sebelum membuat keputusan berhubung masa depannya dengan Paris Saint Germain (PSG) dan Manchester City berminat untuk mendapatkan pemain berusia 34 tahun itu.

Difahamkan, Presiden Barcelona, Joan Laporta sedang berusaha untuk memastikan Messi terus kekal di kelab tersebut untuk tempoh dua tahun lagi.

Artikel Berkaitan: