Suami ADUN Kampung Gajah meninggal dunia

Gambar kenangan Allahyarham bersama Wan Norashikin dan anak-anak. Gambar kecil: Edi Razman
Gambar kenangan Allahyarham bersama Wan Norashikin dan anak-anak. Gambar kecil: Edi Razman
A
A
A

IPOH - Suami kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin meninggal dunia di sini pada pagi Isnin.

Allahyarham Edi Razman Mohd Ismail, 53, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sunway Tambun sekitar jam 6.50 pagi.

Allahyarham dilaporkan mempunyai sejarah sakit jantung dan ketika kejadian berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi kepada media dalam kumpulan WhatsApp oleh pegawai khasnya sebentar tadi.

Wan Norashikin yang juga Ketua Wanita UMNO Perak merupakan Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO negeri.

Artikel Berkaitan: