42 penduduk Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam

Tentera udara Israel melancarkan serangan udara di sebuah lokasi di bandar Gaza awal pagi Isnin. - Foto: AFP
Tentera udara Israel melancarkan serangan udara di sebuah lokasi di bandar Gaza awal pagi Isnin. - Foto: AFP
A
A
A

GAZA - Penduduk Palestin menghadapi serangan udara yang paling besar dilakukan oleh tentera Israel di beberapa lokasi di bandar Gaza pada awal pagi Isnin.

Letupan menggegarkan bandar itu dari bahagian utara dan selatan dalam satu serangan udara yang lebih sengit dan berlaku dalam tempoh lebih lama berbanding serangan udara sebelum ini.

Serangan dalam tempoh 24 jam itu mengakibatkan seramai 42 penduduk Palestin terbunuh.

Serangan terbaharu itu dilancarkan beberapa jam selepas Perdana Menteri Istael, Benjamin Netanyahu berkata, serangan ke atas Gaza akan diteruskan dalam skala yang lebih besar.

Dalam satu ucapan di televisyen, Netanyahu memberitahu, serangan udara ke atas Hamas itu mungkin akan mengambil masa bagi 'mengajar' kumpulan tersebut yang telah melakukan serangan balas roket ke arah Israel.

Menurut AFP, serangan itu berlaku selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi mendesak pertempuran antara pejuang-pejuang Palestin dengan Israel dihentikan.

Setakat ini, hampir 200 terkorban dan lebih 1,000 penduduk Palestin cedera dalam serangan udara Israel yang dilancarkan sejak minggu lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: