Korea Utara tarik diri: AFC serahkan kepada FIFA

Windsor Paul John
Windsor Paul John
A
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC), menyerahkan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk membuat keputusan terhadap Korea Utara yang menarik diri daripada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Ahad.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, laporan berhubung perkara berkenaan telah pun dihantar kepada FIFA untuk tindakan lanjut.

Menurut Windsor, laporan berkenaan kemudiannya akan melalui proses dalaman sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola Piala Dunia dan kemudiannya akan diputuskan FIFA selepas itu.

“Ada dua perkara yang harus dipertimbangkan oleh FIFA berhubung penarikan diri itu di mana mereka akan meneliti laporan yang diperolehi bagi menentukan sama ada penarikan diri itu munasabah, mengikuti protokol Covid-19 dan FIFA berpuas hati dengan penjelasan diberikan Korea Utara.

“Satu lagi bahagian, melibatkan apa akan jadi terjadi kepada perlawanan seterusnya dan juga perlawanan-perlawanan yang telah dimainkan oleh Korea Utara sebelum ini?” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

AFC sebelum itu mengesahkan bahawa Korea Utara menarik diri daripada mengharungi baki kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Keputusan berkenaan dilakukan kerana bimbang para pemain serta pegawai pasukan dijangkiti wabak Covid-19.

Sementara itu, Windsor menegaskan sebarang hukuman berikutan tindakan Korea Utara itu adalah tertakluk kepada FIFA sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

“Kita tak tahu macam mana FIFA nak buat, kerana mereka ada mekanisme tertentu untuk tentukan.

“Hukuman tu kita nak kata pun susah juga kerana laporan mengatakan Korea Utara terpaksa tarik diri sebab Covid-19,” katanya.