3.37 juta maut akibat Covid-19

Angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 3.37 juta kes, selepas lebih 12,000 kematian baharu direkodkan secara global dalam tempoh 24 jam lepas.
Angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 3.37 juta kes, selepas lebih 12,000 kematian baharu direkodkan secara global dalam tempoh 24 jam lepas.
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 162.6 juta kes, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.93 juta kes.

Ini diikuti India dengan 24.68 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.58 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis dan Turki, sementara Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.

Sepanyol, Jerman, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Artikel Berkaitan:

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 3.37 juta kes, selepas lebih 12,000 kematian baharu direkodkan secara global dalam tempoh 24 jam lepas.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 585,000 ribu kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 434,000 kes, India lebih 270,000 kes dan Mexico lebih 220,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Ukraine, Indonesia dan Turki

Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.