X

Kindly register in order to view this article
!

Jota terpaksa rehat awal

Diogo Jota
A
A

PENYERANG sensasi Liverpool, Diogo Jota terpaksa melupakan baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mengalami kecederaan, menurut pengendali Liverpool, Jurgen Klopp

Klopp mengesahkan perkara tersebut berkata, pemain berusia 24 tahun tersebut terpaksa disisihkan daripada aksi menentang West Brom pada Ahad.

Jota yang diturunkan Klopp pada babak kedua ketika The Reds menjinakkan Manchester United 4-2 di Old Trafford pada Khamis merupakan aksi terakhir musim ini.

"Tidak ada yang baik tanpa perkara buruk ketika kami menang di Manchester United tetapi Diogo mendapat sesuatu perkhabaran buruk. Tidak terlalu serius tetapi cukup serius untuk dia menamatkan baki saingan musim ini. Itu sahaja." Klopp.

Tonggak Portugal tersebut menyertai Liverpool dari Wolves pada September lalu hanya melakukan 18 penampilan pada saingan EPL musim ini.

Jota sebelum ini mengalami kecederaan lutut pada Disember tidak beraksi sehingga awal Mac.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!