Nenek nyaris maut dalam kebakaran

Dua buah rumah dua tingkat hampir musnah keseluruhan dalam kebakaran petang tadi.
Dua buah rumah dua tingkat hampir musnah keseluruhan dalam kebakaran petang tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang wanita warga emas terselamat dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah berkembar dua tingkat di Jalan Lintang, Air Itam di sini petang tadi.

Jurucakap bomba berkata, warga emas kurang upaya itu berjaya diselamatkan dan hanya mengalami kecederaan kecil di bahagian kakinya.

Menurutnya, dalam kejadian pada jam 5.25 petang itu telah memusnahkan 80 peratus rumah pertama dan 85 peratus bagi rumah kedua.

"Kebakaran turut melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal dengan 100 peratus musnah.

"Sementara wanita warga emas berkenaan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi tadi.

Kebakaran berjaya dikawal dari terus merebak dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Operasi memadam api tamat pada jam 7.35 malam tadi.

Artikel Berkaitan: