Bukan 'beraya' tapi hantar sumbangan

Jimmy Puah Wee Tse
Jimmy Puah Wee Tse
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse menyatakan kehadirannya ke sebuah rumah di Taman Desa Jaya baru- baru ini adalah hanya untuk menyerahkan sumbangan.

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Johor itu berkata, dakwaan menyatakan beliau 'beraya' tidak benar sama sekali.

"Merujuk kepada laporan polis terhadap saya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari raya (Aidilfitri), saya tidak menafikan saya berada di sebuah rumah di Taman Desa Jaya.

"Namun tujuan utama saya ke rumah tersebut adalah untuk menghantar sumbangan kepada wakil Wanita Keadilan untuk diedarkan kepada golongan ibu tunggal dan asnaf dan bukan beraya seperti didakwa," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Wee Tse memberitahu, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan mereka.

"Sekiranya hasil siasatan mendapati saya telah langgar undang-undang SOP, saya rela menerima hukuman dan membayar kompaun sewajarnya," katanya.

Sementara itu, polis menjalankan siasatan atas pelanggaran SOP oleh Wee Tse yang dipercayai melakukan ziarah pada hari raya Aidilfitri pertama.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata siasatan itu dilakukan susulan gambar yang dimuat naik dalam satu akuan Facebook yang memaparkan Wee Tse sedang makan dan beraya bersama di rumah pemilik akaun Facebook berkenaan di Taman Desa Jaya Ulu Tiram.

Artikel Berkaitan: