Polis siasat dakwaan ADUN Bukit Batu langgar SOP

Jimmy Puah
Jimmy Puah
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menjalankan siasatan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan ziarah pada hari pertama Aildilfitri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan itu dilakukan susulan gambar yang dimuat naik dalam satu akaun Facebook yang memaparkan Jimmy Puah sedang makan di rumah pemilik akaun Facebook berkenaan di Taman Desa Jaya Ulu Tiram.

"Polis juga sedang mengesan pemilik akaun Facebook berkenaan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau memberitahu, polis akan menjalankan siasatan di bawah Sesyen 269 Kanun Keseksaan dan dan Peraturan 17, P.U (A) 225/2021 Akta Pencegahan dan kawalan peraturan penyakit berjangkit (Langkah-langkah di kawasan tempatan yang dijangkiti) 2021.

Sementara itu Jimmy Puah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan akan hadir ke balai polis esok (Isnin).

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Johor itu juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung isu berkenaan.

Artikel Berkaitan: