Korea Utara tarik diri baki saingan

No Image Caption
A
A
A

KOREA Utara mengesahkan menarik diri daripada meneruskan baki saingan Kelayakan Asia untuk Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ketika mengesahkan status berkenaan berkata, perkara tersebut akan dirujuk kepada jawatankuasa penganjur untuk kejohanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan perincian lebih lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Perincian lebih lanjut mengenai kedudukan dalam Kumpulan H yang merangkumi Turkmenistan, tuan rumah aksi berpusat, Republik Korea, Lubnan dan Sri Lanka akan diumumkan dalam masa terdekat," kata AFC dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: