Insiden rusuhan: Pemuda UMNO pula tawar khidmat guaman

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seramai 20 individu ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial, pada Khamis.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seramai 20 individu ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial, pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Selepas Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Pemuda UMNO Johor pula menawarkan khidmat guaman kepada 20 individu yang ditahan kerana terlibat demostrasi jalanan, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis 'Kerajaan Gagal' di Batu Pahat pada Khamis.

Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fared Khalid berkata, satu Sekretariat Peguam Pemuda UMNO Negeri Johor ditubuhkan bagi menawarkan khidmat guaman percuma kepada mereka.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Peguam Pemuda UMNO Johor berkata, bantuan itu bagaimanapun tidak mempunyai agenda tertentu atau menyokong tindakan individu tersebut.

"Ini sebagai inisiatif membantu keluarga terkesan dan tidak mempunyai keupayaan kewangan bagi yang mahu mendapatkan khidmat guaman, ditambah dalam keadaan suasana Aidilfitri, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19.

"Bantuan ini juga bukan berniat mahu mengganggu pihak berkuasa terutama polis yang masih menjalankan siasatan. Kami memberi ruang sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Fared berkata, tawaran tersebut akan melibatkan nasihat dan representasi peguam serta urusan surat menyurat, manakala kos lain dibiayai keluarga mangsa.

Pada Sabtu, Amanah Johor menerusi Ketua Pemudanya, Taqiuddin Cheman memaklumkan bahawa pihaknya melalui biro undang-undang parti menyediakan khidmat guaman kepada 20 anak muda tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Rusuhan Parit Raja: 20 individu ditahan setakat ini

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Parit Raja bahayakan negara