X

Kindly register in order to view this article
!

Zidane tinggalkan Real Madrid hujung musim

Zidane
A
A

REAL Madrid bakal kehilangan pengendali Zinedine Zidane selepas ikon kelab tersebut dilaporkan berhasrat meninggalkan gergasi LaLiga itu hujung musim ini.

Menurut laporan media Sepanyol, pengendali berusia 49 tahun itu yang mempunyai kontrak sehingga 2022 telahpun mengadakan pertemuan dengan pemain Los Blancos selepas sesi latihan sebelum aksi liga menentang Sevilla bagi menyatakan hasrat berkenaan.

“Zidane mengakui walaupun keputusan itu sukar, namun percaya eranya bersama Real Madrid sampai ke penghujungnya. Jika dilihat sidang media Zidane selepas sesi latihan tersebut agak lewat berbanding sidang media sebelumnya.

“Selepas Real Madrid tersingkir dari saringan Liga Juara-Juara sebelum ini Zidane ada memberikan bayangan sama akan meninggalkan Estadio Alfredo Di Stéfano,” lapor media Sepanyol tersebut.

Tambah laporan itu lagi sebelum menentang Athletic Bilbao, bekas pemain Perancis tersebut juga berkata, Real Madrid memerlukan pengendali baharu yang mampu memacu kelab tersebut pada tahap lebih tinggi.

“Ada masanya khidmat anda diperlukan untuk berada di situ (Real Madrid), namun ada ketika tiba masanya untuk pergi demi satu perubahan. Perubahan yang penting demi kebaikan dan masa depan kelab,” katanya.

Untuk rekod, Zidane sepanjang bersama Los Blancos sebagai pengendali telah menghadiahkan 11 kejuaraan di kabinet gergasi Eropah berkenaan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!