X

Kindly register in order to view this article
!

Kluster Jalan Telipot tercetus daripada kumpulan ngaji

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan membabitkan tiga kampung di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas dengan 235 penduduk disahkan positif Covid-19.
A
A

KOTA BHARU - Kluster Jalan Telipot yang terbaharu direkodkan di negeri ini membabitkan aktiviti keagamaan dengan 30 individu disahkan positif Covid-19 sejak saringan sehingga Ahad.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sejumlah 64 individu disaring dan melibatkan 28 positif Covid-19 dari daerah Kota Bharu manakala dua dari daerah Bachok.

Menurutnya, kluster membabitkan kes indeks seorang wanita berusia 54 tahun dari Kota Bharu yang dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Mei lalu hasil saringan individu bergejala.

“Kluster Jalan Telipot tercetus daripada aktiviti keagamaan iaitu kumpulan mengaji dan kes mula bergejala pada 3 Mei lalu.

“Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Telipot, Kota Bharu,” katanya ketika melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Khas di Gelanggang Seni di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Dr Zaini turut merakam penghargaan kepada Yayasan Noor Al-Syakur (Yanas) atas sumbangan alatan klinikal bagi melengkapkan PKRC tersebut.

Sementara itu, berdasarkan Facebook Jabatan Kesihatan Kelantan, perincian Kluster Jalan Telipot, wanita tersebut adalah kontak sosial Kota Bharu dan Bachok pada 10 hingga14 Mei lalu.

Kes juga melibatkan kontak keluarga dan sosial di Kota Bharu pada 12 hingga 15 Mei lalu.

Dalam perkembangan lain, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas setakat hari ini mencatatkan sejumlah 235 penduduk di tiga kampung yang disahkan positif Covid-19.

Keseluruhan individu selesai disaring minggu lalu berjumlah 1,500 membabitkan Kampung Paya Ular, Kampung Tualang dan Kampung Bechah Palas

Daripada jumlah itu, 93 penduduk di Kampung Paya Ular positif Covid-19, di Kampung Tualang 69 penduduk, manakala Bechah Palas 73 penduduk.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, PKPD dilaksanakan di tiga perkampungan di mukim Bunut Susu, di Pasir Mas bermula 9 Mei lalu sehingga 22 Mei ini selepas kenaikan kes mendadak sementara kadar positif jangkitan virus itu juga tinggi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!