X

Kindly register in order to view this article
!

Jalan Wang Ah Jang akan dibangunkan elak kegiatan maksiat

Abd Rahim Muda
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang berhasrat untuk memutihkan kawasan di Jalan Wong Ah Jang yang sering dikaitkan dengan kegiatan maksiat.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, pihaknya bercadang membangunkan semula lokasi itu dengan membina pasar raya di kawasan berkenaan selain menjalankan pelbagai aktiviti menarik di situ.

“Itu antara cadangan awal, kita yakin dengan ada sebuah pasar raya di sini, maksiat akan berkurangan memandangkan kawasan ini sentiasa dikunjungi orang ramai.

"Semua orang tahu kawasan ini dikenali sebagai kawasan hitam, jadi kita mahu memutihkan kawasan itu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau menambah, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak bagi membincangkan keadah terbaik yang perlu diambil bagi memastikan kawasan ini dapat diputihkan kembali.

“Saya juga diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk mengadakan program di kawasan ini bukan sahaja untuk sehari dua tetapi secara berterusan sehingga kawasan ini menjadi kawasan putih nanti,” ujarnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!