Lapan individu berparti di inap desa dikompaun

Kumpulan lapan individu yang ditahan kerana mengadakan parti di sebuah inap desa di Lumut pada Ahad. - Foto ihsan PDRM
Kumpulan lapan individu yang ditahan kerana mengadakan parti di sebuah inap desa di Lumut pada Ahad. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

LUMUT - Seramai lapan individu dikompaun RM1,500 seorang kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan parti di sebuah inap desa di sini pada Ahad.

Serbuan kira-kira jam 3.15 pagi itu dilakukan selepas pihak polis menerima aduan bunyi bising yang mengganggu ketenteraman awam di pangsapuri tersebut.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pemeriksaan mendapati enam lelaki termasuk remaja 17 tahun dan dua wanita lingkungan berusia 38 tahun mengadakan parti dengan memasang musik 'techno'.

"Mereka didapati berkumpul tanpa ada penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka. Mereka telah dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi SOP PKP.

"Pemeriksaan lanjut tidak menjumpai sebarang barangan terlarang termasuk dadah serta minuman beralkohol," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kesemua mereka tidak terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi SOP dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: