X

Kindly register in order to view this article
!

Ibu tunggal jual nasi lemak sara lapan anak

Sabri mendengar kisah Nur Faizah ketika ditemui di rumahnya di Taman Sejahtera Rakyat KEDA Sungai Tok Pawang Gurun, baru-baru ini.
A
A

GURUN - Seorang ibu tunggal tabah membesarkan lapan anaknya dengan hasil menjual nasi lemak di hadapan rumahnya di Taman Sejahtera Rakyat KEDA Sungai Tok Pawang Gurun, di sini sejak dua tahun lepas.

Nur Faizah Sulaiman, 46, berkata, jualan nasi lemak itu dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka sembilan beranak termasuklah tujuh daripadanya yang masih lagi bersekolah.

Bagaimanapun katanya, hasil jualan nasi lemak yang diperoleh tidak banyak hanya sekitar RM650 sebulan yang digunakan untuk menyara mereka sekeluarga.

"Ada ketika terpaksa mencatu makanan untuk anak-anak kerana keperluan sekolah mereka lebih diutamakan supaya dapat mengubah taraf hidup kami.

"Anak saya semakin membesar dengan yang bongsu berusia sembilan tahun. Jadi banyak sperbelanjaan diperlukan,"katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit, baru-baru ini.

Tambahnya, mujurnya, anak sulungnya yang berusia 24 tahun bekerja di sebuah kedai serbaneka dapat meringankan bebannya.

"Saya juga bersyukur apabila menerima bantuan zakat sebanyak RM500 yang dapat menampung keperluan anak-anak," katanya.

Nasib mereka sekeluarga mendapat perhatian Sabri yang mengunjungi Nur Faizah dan menghulurkan bantuan keperluan harian dan sebuah khemah untuk memudahkan urusan perniagaan nasi lemaknya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!