Mohd Amar lelong empat keris kesayangan bantu Palestin

Antara koleksi keris milik Mohd Amar yang dilelong untuk jualan amal Palestin di Facebook miliknya. Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah (Gambar kecil: Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah)
Antara koleksi keris milik Mohd Amar yang dilelong untuk jualan amal Palestin di Facebook miliknya. Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah (Gambar kecil: Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah)
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah melelong empat bilah keris kesayangannya untuk membantu rakyat Palestin yang sedang ditindas rejim Zionis ketika ini.

Mohd Amar berkata, empat bilah keris itu merupakan antara koleksi peribadi yang ada dalam simpanannya ketika ini.

“Salah satu koleksi yang akan dilelong ialah Keris Melela Lok 5. Keris ini merupakan 'air tangan' tukang besi tersohor Kelantan iaitu Allahyarham Stopa.

"Menariknya keris ini bertatahkan perak, lok cun, hulu pipit teleng dan gelang serta kasut putih," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu berkata, kesemua hasil jualan itu akan disalurkan sepenuhnya untuk membantu rakyat Palestin menerusi #Aid4Palestin.

Mohd Amar berkata, jualan amal itu menyasarkan kutipan sebanyak RM20,000 dan perkembangan terbaharu mengenai jualan itu akan dimaklumkan kepada orang ramai menerusi entri laman sosial Facebook miliknya.

"Ini merupakan salah satu bentuk sokongan saya kepada perjuangan rakyat Palestin," kata beliau.

Artikel Berkaitan: