Telefon bimbit guru meletup

Salah seorang guru menunjukkan telefon milik Nik Normawati yang terbakar pagi tadi.
Salah seorang guru menunjukkan telefon milik Nik Normawati yang terbakar pagi tadi.
A
A
A

SETIU - Guru dan murid yang berada pada majlis pelancaran Jom Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan (Felda) Chalok Barat, di sini, kecoh apabila telefon bimbit salah seorang guru tiba-tiba meletup.

Detik cemas itu dialami Guru Penolong Kanan dan Hal Ehwal Murid Sekolah berkenaan, Nik Normawati Nik Mat, 41, apabila telefon bimbit yang dipegangnya tiba-tiba berasap sebelum meletup jam 9 pagi tadi.

Sebelum kejadian, murid dan guru sedang mengikuti majlis pelancaran program tersebut bersama wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekolah berkenaan.

Nik Normawati berkata, beliau terkejut apabila telefon yang berada di tangannya tiba-tiba mengeluarkan bunyi pelik sebelum berasap.

“Saya kemudiannya menjerit lalu mencampakkannya ke lantai kerana terasa panas.

"Bimbang cedera kemudian asap semakin banyak diikuti telefon pecah,” katanya ketika dihubungi.

Artikel Berkaitan: