Tak perlu bazir duit kaji BSH: Asyraf Wajdi

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata kerajaan tidak perlu membazirkan wang bagi tujuan kajian berhubung keberkesanan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan bujang.

Katanya, ia memadai dengan memanfaatkan kajian yang telah dibuat oleh kerajaan BN sebelum ini berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kumpulan itu.

Menurutnya, orang muda hanya mengharapkan kadar bantuan dinaikkan setara dengan apa yang diperoleh daripada kerajaan sebelum ini iaitu RM450.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang bujang dapat BSH RM100

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 untuk golongan bujang yang belum berkahwin dan yang bekerja tetapi berpendapatan rendah.

Beliau berkata, sebagai permulaan, pembayaran RM100 akan disalurkan kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

Jelasnya, berhubung dengan bayaran selanjutnya, beliau berkata, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, pengumuman BSH daripada Guan Eng menjelaskan hakikat bahawa kerajaan PH hanya juara dan pakar menukar label atau jenama serta polisi yang telah diperkenalkan BN.

Artikel Berkaitan:

"Kalau dulu di bawah BR1M yang diperkenalkan pada 2013, golongan bujang berpendapatan rendah menerima RM450 didakwa sebagai dedak, hari ini kerajaan PH terpaksa akur bahawa skim tersebut amat membantu meringankan bebanan dan mampu menjana kesan gandaan ekonomi.

"Cuma bezanya kini jenama BR1M ditukar kepada BSH dan kadarnya jauh lebih rendah berbanding dulu yang dikecam dengan pelbagai tuduhan," katanya.